Saturday, November 16, 2024
HomeautomobileNissan GT-R R36 perlu dihasilkan oleh orang muda generasi baru, bukan orang...

Nissan GT-R R36 perlu dihasilkan oleh orang muda generasi baru, bukan orang lama – Hiroshi Tamura


Nissan GT-R R36 perlu dihasilkan oleh orang muda generasi baru, bukan orang lama – Hiroshi Tamura

Tahukah anda bahawa ‘Godfather of Fashionable Nissan GT-R’ Hiroshi Tamura kini berada di Malaysia? Ini kerana beliau bakal menjadi tetamu acara GT-R Competition yang akan berlangsung di Crowne Plaza Penang Straits Metropolis pada 4-6 Oktober ini dan telah pun tiba di Ibu negara semalam. Dengan kesempatan ini, penulis diberi peluang untuk menemuramah beliau oleh pihak penganjur acara tersebut.

Nissan GT-R R35 sudahpun berada sekitar 16-tahun dalam pasaran, jadi untuk bertanyakan berkenaan mannequin tersebut agak tidak relevan lagi. Jadi penulis membawa perbualan dengan Tamura-san tentang masa depan GT-R dengan bertanyakan beliau berkenaan teknologi elektrifikasi yang dikhabarkan bakal diterapkan pada mannequin tersebut.

Menurut Tamura-san, beliau tidak boleh menjawab tentang halatuju Nissan pada masa akan datang kerana beliau kini bukan lagi kakitangan tetap Nissan, tetapi merupakan duta Nissan untuk model-model sport seperti GT-R dan Z.

Bagi yang belum mengetahui, Hiroshi Tamura mula berkhidmat dengan Nissan sebagai jurutera bermula pada tahun 1984. Tiga tahun selepas itu beliau kemudiannya berpindah ke Autech, iaitu subsidiari Nissan yang bertanggungjawab menghasilkan pengubahsuaian terhadap model-model jenama tersebut.

Nissan GT-R R36 perlu dihasilkan oleh orang muda generasi baru, bukan orang lama – Hiroshi Tamura

Pada 1993, Tamura-san berpindah semula ke Nissan, kali ini menyertai jabatan perancangan produk untuk mannequin Maxima Cefiro. Beliau kemudiannya menyertai jabatan perancangan produk untuk Skyline GT-R dan terlibat dalam pembangunan R34 GT-R. Hiroshi Tamura dinamakan sebagai Ketua Pakar Produk pada 2006, dan sejak daripada itu beliau lebih dikenali sebagai Bapa GT-R Moden bagi menghormati sumbangannya terhadap pembangunan GT-R R35.

Tamura bukan hanya dikenali sebagai salah seorang ekskutif Nissan, beliau juga merupakan individu yang dikenali dalam budaya ubahsuai kereta di Jepun. Mempunyai hubungan rapat dengan penala seperti ‘Smokey Nagata’ dari High Secret, Hiroshi Tamura mempunyai sebuah Nissan GT-R R32 yang dimiliki sejak berumur 35-tahun, ditala bagi menghasilkan kuasa 600 hingga 800 hp.

Berbalik pada cerita masa hadapan GT-R, Tamura-san menyatakan bahawa buat masa sekarang Nissan sendiri belum mengesahkan sama ada mannequin generasi baharu nanti akan menggunakan enjin pembakaran dalaman sepenuhnya, diberikan unit rangkaian kuasa hibrid elektrik atau akan digerakkan dengan kuasa elektrik sepenuhnya.

Beliau menyatakan mannequin berkenaan kini masih dalam peringkat memikirkan solusi terbaik berkenaan unit rangkaian kuasa yang akan digunakan kerana ia sangat rumit dan perlu mengambil kira banyak aspek termasuk apa yang akan ditentukan oleh pembuat dasar pada masa hadapan, apa yang pelanggan mahu, keuntungan yang akan dihasilkan oleh syarikat dan banyak lagi.

Nissan GT-R R36 perlu dihasilkan oleh orang muda generasi baru, bukan orang lama – Hiroshi Tamura

Jadi mannequin berkenaan mungkin akan muncul sekurang-kurangnya kira-kira lima tahun dari sekarang iaitu sekitar 2028 atau 2029. Buat masa ini Nissan masih belum melakukan apa-apa pembangunan terhadap mannequin tersebut, dan ia masih diperingkat mencari solusi yang paling sesuai untuk menentukan unit rangkaian kuasa yang akan digunakan.

Jadi Tamura-san menyatakan sekiranya ada mana-mana media menyiarkan berita berkenaan mannequin generasi R36 tersebut, ia hanyalah khabar angin semata-mata. “Saya belum buat apa-apa, Nissan belum buat apa-apa, macam mana anda semua tahu berkenaannya (R36)?,” kata Tamura-san.

Secara peribadi, Tamura menyatakan bahawa beliau tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan lebih-lebih lagi dengan halatuju pembuat dasar seperti Kesatuan Eropah (EU) yang mahu mengharamkan penjualan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman pada 2035. Tetapi untuk pelanggan buat masa sekarang yang sukakan kereta sport, sudah tentu mereka lebih suka dengan pendekatan ‘petrolhead’ lama dengan faktor seperti enjin pembakaran dalaman, turbo berkembar, bunyi yang dihasilkan dan pelbagai lagi.

Dan sebab itulah mengapa Nissan Z generasi baharu masih menerima enjin V6 dengan dua pengecas turbo tanpa sistem hibrid, kerana ini adalah permintaan dari pelanggan buat masa sekarang, jelas Tamura.

Nissan GT-R R36 perlu dihasilkan oleh orang muda generasi baru, bukan orang lama – Hiroshi Tamura

Namun teknologi lama ini mungkin tidak lagi akan ada pada masa hadapan atas pelbagai faktor sama ada untuk melindungi bumi atau untuk mengikut halatuju pembuat dasar atas sebab-sebab yang politikal. Oleh itu secara jujur, Tamura-san enggan menjawab apa-apa berkenaan GT-R untuk masa hadapan, kerana ini bukan lagi perkara yang membabitkan generasi yang telah bersara sepertinya, sebaliknya adalah tugas generasi baharu untuk menghasilkannya mengikut keadaan semasa.

Dalam sesi pertemuan ini, Tamura-san turut berkongsi sebuah buku meja kopi yang dihasilkan oleh jabatan pemasaran Nissan atas permintaannya. Dalam buku berkenaan penuh dengan gambar-gambar serta maklumat berkenaan Nissan GT-R R35 serta sejarahnya. Namun di muka surat terakhir buku berkenaan, Tamura-san mahukan gambar seorang kanak-kanak yang bermain dengan kereta major GT-R, dan ini adalah mesej beliau bahawa masa hadapan GT-R adalah bergantung kepada generasi muda seterusnya, dan ia semua bermula dari impian kanak-kanak.

“Jika mannequin generasi baharu ini nanti muncul pada tahun 2030, saya ketika itu sudah berumur 70-tahun. Jadi orang muda, ini tugas anda,” katanya. Tamura-san turut menyatakan beliau telah diminta untuk mengajar jurutera generasi baharu untuk menghasilkan kereta sports activities baharu Nissan, namun beliau menolak kerana pada pendapatnya nasihat dari orang dari generasi terdahulu mungkin akan merosakkan generasi seterusnya kerana ia tidak berada dalam zaman yang sesuai.

Nissan GT-R R36 perlu dihasilkan oleh orang muda generasi baru, bukan orang lama – Hiroshi Tamura

Tamura-san turut memberitahu bahawa beliau sendiri hanya melihat mannequin konsep Nissan Hyper Drive Idea yang digambarkan sebagai GT-R masa hadapan ketika ia didedahkan kepada umum di Japan Mobility Present 2023, dan tidak menerima undangan untuk melihatnya lebih awal serta memberikan pendapatnya ketika ia sedang dibangunkan.

Beliau menyifatkan mannequin konsep yang diilhamkan dari kereta lumba Nissan Skyline RS Silhouette Formulation yang pernah dipandu oleh Masahiro Hasemi tersebut sebagai ‘pelik’ ketika pertama kali melihatnya, tetapi tidak menyatakan bahawa ia adalah cantik atau hodoh kerana menghormati thought berkenaan.

Ini kerana perasaan ‘pelik’ itu sebenarnya sudahpun dirasai pada model-model sebelum ini. “Saya dah tua, saya dah berumur 62-tahun. Semasa saya muda, ketika mannequin generasi R32 diperkenalkan, ia menerima reputasi yang cukup buruk (dari orang ramai kerana bentuk yang pelik). Tetapi sekarang, ia adalah legenda kan?” kata Tamura yang menyatakan ketika itu ramai yang berharap R32 tampil dengan rupa seperti mannequin lebih lama iaitu GT-R generasi pertama, KPGC10 Hakosuka.

Nissan GT-R R36 perlu dihasilkan oleh orang muda generasi baru, bukan orang lama – Hiroshi Tamura

“Saya juga hasilkan mannequin konsep GT-R generasi R35 sedia ada, ‘ini pelik Tamura-san, kami tak suka enjin V6 dan bla bla bla, ia mesti enjin enam-silinder sebaris’, begitu banyak rungutan datang dari pihak pemasaran,” katanya dan menyambung “ketika itu konsep berkenaan pelik, tapi sekarang ia rekaan yang hebat”.

Bagi acara GT-R Competition yang berlangsung di Pulau Pinang hujung minggu ini, ia turut akan membuat percubaan mencatatkan rekod dalam Malaysia E book of Information sebagai perhimpunan GT-R terbesar di Malaysia pernah diadakan. Ia juga sebenanrnya merupakan ‘acara pemanas’ sebelum berlangsungnya Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2024 yang akan berlangsung di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), bermula 8 hingga 10 November ini.

Anda kini sudah boleh membeli tiket TASKL 2024 secara atas talian menerusi laman net rasmi mereka, dan dengan menambah RM28 anda layak untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah sebuah Honda Civic Sort R FK8.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments