Bulan lalu Geely telahpun mendedahkan imej dan beberapa perincian awalan untuk mannequin Galaxy Starship 7, iaitu versi plug-in hybrid bagi Geely Galaxy E5, kembar kepada Proton eMas 7 di Malaysia. Terbaharu, jenama automotif China berkenaan telah mendedahkan pula beberapa perincian berkenaan unit rangkaian kuasa SUV tersebut sebelum dilancarkan di China 4 November ini.
Geely Galaxy Starship 7 akan menerima unit rangkaian kuasa generasi kedua NordThor 2.0 yang akan diperkenalkan sebagai EM-i. Geely mendakwa sistem EM-i ini adalah evolusi dari sistem EM-P yang digunakan pada model-model Lynk & Co, menampilkan tahap ekonomi bahan api lebih baik dan jarak gerak lebih jauh dari unit rangkaian kuasa Tremendous Twin Mode (DM-i) generasi kelima BYD.
Sama seperti konfigurasi pada unit rangkaian kuasa EM-P, EM-i turut menggunakan enjin 1.5 liter empat silinder turbo, tetapi perubahan telah dibuat bagi membolehkan putaran udara yang terjadi dalam kebuk pembakaran ditingkatkan, seterusnya membolehkan ia mencapai rekod kecekapan haba 46.5%, lebih baik dari enjin DM-i BYD yang mencatatkan 46.06%.
Unit rangkaian kuasa ini juga menerima sistem pengurusan haba baharu yang boleh mempercepatkan proses pemanasan enjin sehingga 40%, membolehkan kadar keberkesanan bahan api menjadi 3% lebih baik. Menurut Geely ia juga telah membangunkan enjin generasi seterusnya dengan kadar keberkesanan haba yang lebih tinggi mencapai 48.15%, yang telahpun menerima pensijilan dari pihak berkuasa.
Enjin tersebut digandingkan dengan transmisi hibrid terdedikasi (E-DHT) bagi membentuk teknologi motor 11-dalam-1 Geely dalam sistem PHEV berkenaan yang juga terdapat motor elektrik P1 dan P3. Bagi motor elektrik P3, ia merupakan motor utama yang akan memacu kenderaan dengan kuasa 218 PS, menerima tenaga dari bateri litium logam fosfat (LFP) Aegis “bilah pendek”.
Unit rangkaian kuasa ini juga merupakan yang pertama dalam dunia menggunakan modul transformer silikon karbida dengan keberkesanan mencapai 99%. Gandingan kesemua ini membolehkan mannequin yang menggunakan unit rangkaian kuasa EM-i ini mencapai pengunaan bahan api serendah 2.67 liter untuk 100 km berdasarkan kitaran CLTC, lebih rendah dari 2.9 liter yang dicatatkan pada unit rangkaian kuasa DM-i BYD.
Malah dalam satu ujian yang dibuat oleh pihak media, sebuah mannequin prototaip berasaskan Galaxy L6 berjaya bergerak sejauh 2,390.5 km dengan hanya satu tangki bahan api dan satu cas penuh bateri, dengan penggunaan bahan api dicatatkan pada 2.62 liter untuk setiap 100 km.
Bagi Galaxy Starship 7, Geely mengesahkan bahawa penggunaan bahan apinya adalah pada kadar 3.75 liter setiap 100 km. Manakala ujian media yang dibuat ia dapat mencapai penggunaan bahan api purata 3.2 liter setiap 100 km dalam pemanduan sejauh 196 km, membabitkan 75% laluan lebuhraya dan 25% pemanduan dalam kawasan bandar.
Sama seperti Galaxy E5, Galaxy Starship 7 ini juga dijangka akan dihasilkan dalam versi Proton untuk dijual di Malaysia kerana Proton dikesan sudahpun memfailkan tanda dagangan eMas 7 PHEV. Malah dalam perancangan yang diumumkan Proton pada Mei lalu, mannequin PHEV pertamanya dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan.
Trying to promote your automobile? Promote it with Carro.