Saturday, November 16, 2024
HomeautomobilePANDU UJI: Toyota Yaris G Restricted - bukan mannequin 'kejuruteraan sticker', hanya...

PANDU UJI: Toyota Yaris G Restricted – bukan mannequin ‘kejuruteraan sticker’, hanya 600 unit; berbaloi ke?


PANDU UJI: Toyota Yaris G Limited – bukan model ‘kejuruteraan sticker’, hanya 600 unit; berbaloi ke?

Tahukah anda Toyota Yaris untuk pasaran ASEAN generasi sedia sudah berada dalam pasaran sejak 2014? Mannequin yang kita terima pada 2019 sebenarnya merupakan mannequin yang telah masuk ke fasa facelift besar pertama yang diperkenalkan pada 2017. Dan berbanding kembar sedannya iaitu Vios yang kini sudah muncul dalam versi generasi baharu menggunakan platform Daihatsu New International Structure (DNGA), hayat Yaris NSP151 ini nampaknya masih lagi panjang.

Ini kerana pasaran hatchback juga sekarang ini semakin mengecil kerana pengguna semakin berminat terhadap SUV, dan sebab itulah untuk mannequin generasi DNGA, Toyota memperkenalkan Yaris Cross terlebih dahulu yang telahpun dilancarkan di Indonesia dan Thailand. Malah ketika Vios NGC120 membuat kemunculan sulung pada 2022, Toyota masih dalam peringkat kajian pasaran untuk menghasilkan Yaris berdasarkan platform DNGA tersebut.

Namun untuk tidak menghampakan peminat-peminat hatchback, Yaris generasi sedia ada masih ditawarkan oleh Toyota di pasaran Asia Tenggara. Jadi untuk pasaran Thailand, Yaris NSP151 diperkenalkan dalam satu lagi versi facelift pada 2023 dengan menerapkan signatur rekaan jerung hammerhead terbaharu Toyota bagi memastikan ia masih relevan.

Untuk pasaran Malaysia, UMW Toyota nampaknya tiada lagi tanda-tanda untuk memperkenalkan versi facelift tersebut. Namun pada April lalu, Yaris pasaran Malaysia telah pun diperkenalkan dalam satu lagi varian baharu yang dikenali sebagai Yaris G Restricted.

Mannequin ini diasaskan dari varian G sedia ada, tetapi menerima beberapa penambahan komponen istimewa dan dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM99,600. Seperti namanya, mannequin ini juga dihasilkan hanya terhad sebanyak 600 unit sahaja. Jadi apa beza Yaris G Restricted ini dengan Yaris G biasa? Adakah ia seperti kebanyakkan model-model istimewa lain yang hanya menampilkan ‘kejuruteraan sticker‘ sahaja?

PANDU UJI: Toyota Yaris G Limited – bukan model ‘kejuruteraan sticker’, hanya 600 unit; berbaloi ke?

Pada sebelah luar, memang tiada sebarang tanda bahawa Yaris ini merupakan mannequin edisi terhad. Equipment badan, set rim, skema warna semuanya adalah sama sahaja dengan Yaris 1.5 G biasa, kecuali emblem ‘restricted’ yang bersaiz kecil ditampal pada pintu tailgate belakang dan juga serlahan warna merah pada splitter bampar hadapan, skirt sisi dan diffuser belakang.

Jadi sepanjang seminggu penulis bersama kereta ini setiap kali jika ada orang tanya ‘apa beza mannequin restricted dengan yang biasa?’ Penulis dengan senyuman akan membuka penutup bonet hadapan sambil menjawab ‘hah, meh sini tengok dalam’.

Perkara pertama yang menonjol pada ruang enjin Yaris G Restricted ini adalah sistem kemasukan udara lebih sejuk (chilly air consumption atau CAI). Berbanding sistem kemasukan asal dengan kotak penapis udara yang terletak berhampiran bateri dan kotak fius, sistem CAI ini menampilkan penapis udara jenis open pod yang dialih ke sebelah kanan enjin yang lebih jauh dengan komponen yang menghasilkan haba seperti manifold ekzos dan kipas radiator.

Walau pun tanpa kotak udara, penapis open pod berkenaan masih diberikan penghadang haba bagi lebih memastikan kawasan sekitar udara yang disedut masuk ke kebuk pembakaran tersebut kurang panas. Secara teorinya, lebih sejuk udara tersebut, lebih tinggi ketumpatan oksigen di dalamnya bagi menghasilkan lebih kuasa kuda pada enjin.

Udara yang disedut tersebut dialir masuk ke unit throttle physique menerusi air ramp baharu yang diperbuat dari materials aloi, bukan plastik seperti komponen asal. Terdapat satu lagi komponen yang tak dapat dilihat untuk memberikan prestasi lebih baik pada enjin tersebut iaitu unit pengawal pendikit (throttle controller) yang ditala bagi memberikan tujahan pendikit lebih agresif.

Namun dengan beberapa perubahan yang dibuat pada enjin 2NR-FE 1.5 liter Twin VVT-i DOHC tersebut, UMW Toyota Motor masih meletakkan angka 107 PS/140 Nm yang tidak berubah pada brosur Yaris G Restricted ini.

PANDU UJI: Toyota Yaris G Limited – bukan model ‘kejuruteraan sticker’, hanya 600 unit; berbaloi ke?

Selepas itu anda tentu akan perasan sebatang tower bar berwarna putih yang dipasang merentangi kedua-dua cagak penyerap hentak hadapan. Bar berkenaan dibuat khas bagi UMW Toyota Motor untuk Yaris ini, dihasilkan oleh jenama tempatan yang kini terjual di pasaran antarabangsa iaitu Extremely Racing.

Bukan ini sahaja produk dari Extremely Racing yang dipasang bagi menguatkan lagi kerangka badan Yaris ini, dan sekiranya anda melihat di bawah lantai kereta anda boleh lihat ia turut dipasang dengan bar pendakap pada bahagian entrance member dan rear member.

Tak cukup dengan itu, kesemua unit penyerap hentak Yaris G Restricted ini juga lain dari Yaris biasa – selain dari secara fizikalnya ia berwarna merah berbanding hitam, talaannya juga adalah lebih keras. Dengan kesemua kelengkapan berbeza ini, sudah tentu rasa memandu Yaris G Restricted ini adalah berbeza dari Yaris biasa.

Yaris sememangnya antara hatchback segmen-B kegemaran penulis selepas pertama kali memandunya pada April 2019. Enjin pada Yaris mungkin tidak se’energy’ enjin DOHC i-VTEC pada Honda Metropolis Hatchback, namun kotak gear CVT pada Toyota ini memberikan rasa yang lebih ‘terus’ dan memberikan rasa tukaran gear maya hampir seperti kotak gear AT jika menggunakan mod handbook. Ia juga memberikan rasa pemanduan yang strong dengan NVH yang cukup baik, bersama dinamik pengendalian yang menyeronokkan.

Kelainan pertama yang boleh anda rasa menerusi Yaris G Restricted ini adalah pada pedal pendikit. Menerusi pengawal pendikit yang dipasang, pedal pendikit Yaris G Restricted ini terasa sangat responsif dan agresif, membuatkan ia rasa ‘terus’ seperti menggunakan kabel.

Dan sistem CAI yang dipadankan juga memberikan bunyi yang agak mengasyikkan – ia masih senyap seperti normal dalam keadaan idling dan kelajuan rendah, tetapi bunyi udara yang seperti berebut-rebut masuk ke dalam enjin mula kedengaran kuat apabila jarum takometer mula mencecah 3,000 rpm dan ke atas.

PANDU UJI: Toyota Yaris G Limited – bukan model ‘kejuruteraan sticker’, hanya 600 unit; berbaloi ke?

Faktor lokasi baharu penapis udara open pod yang lebih dekat dengan pemandu juga mungkin memainkan peranan mengapa bunyi ini kedengaran jelas. Dan pada pendapat penulis bunyi sedutan udara berkenaan sebenarnya lebih mengasyikkan dari bunyi ekzos bersaiz besar.

Dengan pengendalian asas yang sudahpun cukup baik, pemadanan penyerap hentak lebih keras pada Yaris G Restricted ini menjadikan pemanduannya lebih menyeronokkan. Suspensi berkenaan dengan jelas mengurangkan daya olengan badan ketika meredah selekoh dengan kelajuan tinggi. Dan walaupun penyerap hentak tersebut lebih keras dari biasa, ia masih lagi terasa selesa seperti kereta normal, dan tidak melantun-lantun ketika melalui permukaan tidak rata serta beralun.

Dengan angka kuasa atas kertas yang masih tidak berubah, jangan lah pula anda anggap Yaris G Restricted ini boleh menang jika ada Honda Metropolis ajak beradu di lampu isyarat. Walaupun bunyi dihasilkan pada enjin agak garang, ia masih terasa lambat ketika memecut.

PANDU UJI: Toyota Yaris G Limited – bukan model ‘kejuruteraan sticker’, hanya 600 unit; berbaloi ke?

Tetapi lain ceritanya kalau anda bawa Yaris G Restricted ini di jalan berliku. Sudah tentu dengan penambahan pelbagai bar dari Extremely Racing yang menjadikan badan kereta ini lebih keras dan juga suspensi yang lebih sporty, ia memberikan respon stereng dan juga kestabilan yang lebih baik ketika anda melayan selekoh.

Tidak cukup dengan itu, respon dari pedal pendikit dan juga bunyi enjin juga menambah keseronokan ketika anda memandu dalam situasi sebegini kerana kelajuan kereta boleh dikawal dengan lebih tepat. Ditambah dengan kotak gear CVT dengan mod handbook yang cukup baik, Yaris G Restricted ini cukup untuk membuat anda tersenyum ketika melayan touge.

Seperti yang diberitahu tadi, Yaris G Restricted ini masih berkongsi kelengkapan yang sama seperti Yaris G biasa. Jadi ia menerima kelengkapan normal lain seperti lampu hadapan LED bersama fungsi follow-me-home, lampu nyalaan siang dan lampu kabus LED, lampu belakang LED, lampu kabus belakang halogen, cermin sisi auto-lipat, rim aloi 16-inci,cermin hadapan akustik, penderia parkir hadapan dan juga brek cakera belakang.

Dalam kabin, ia diberikan meter Optitron dengan skrin pelbagai information 4.2-inci, roda stereng yang dibalut kulit bersama pedal penukar gear, port USB sort C untuk penumpang belakang, tempat duduk fabrik, kamera perakam digital (dashcam) hadapan, tombol gear balutan kulit, pendingin hawa automatik, enam pembesar suara dan cermin pandang belakang elektrokromik.

Untuk keselamatan pula, mannequin ini datang dengan Sistem Telematik Kenderaan (VTS), kunci automatik berdasarkan penderia kelajuan, tujuh-beg udara, penderia parkir belakang, VSC, Traction Management, sistem brek ABS dan EBD serta BA, dan bantuan mula mendaki.

Pakej bantuan pemanduan Toyota Security Sense (TSS) juga turut diberikan, menampilkan sistem seperti sistem pra-pelanggaran (PCS) dengan brek kecemasan automatik, amaran keluar laluan (LDA), pemantau titik buta dengan amaran lintasan trafik belakang serta kamera pemantau panaromik 360-darjah.

PANDU UJI: Toyota Yaris G Limited – bukan model ‘kejuruteraan sticker’, hanya 600 unit; berbaloi ke?

Berbanding Yaris G normal yang berharga RM91,600, mannequin edisi terhad ini nampaknya adalah RM8,000 lebih mahal selepas dipadankan pelbagai peralatan prestasi tersebut. Adakah ia berbaloi? Memang komponen-komponen tambahan tersebut boleh anda pisang sendiri diluar, tetapi faedah yang anda dapat sekiranya memilih mannequin yang datang dengan peralatan tersebut dari bilik pameran adalah perlindungan waranti.

UMW Toyota memberikan waranti selama setahun atau 20,000 km untuk kesemua komponen prestasi tambahan ini, dan ia tidak menjejaskan waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan. Jika anda buat ubahsuai sendiri Yaris G yang baru dibeli contohnya memandankan sistem CAI dan juga pengawal pendikit, ada kemungkinan waranti pengilang lima tahun tersebut akan terbatal jika sesuatu terjadi pada enjin.

Jadi dengan harga yang tidak sampai RM100k, anda yang mungkin sedang mencari sebuah hatchback baharu yang sporty, tetapi masih tidak mampu untuk membeli hot-hatch sebenar seperti Suzuki Swift Sport, mungkin boleh mempertimbangkan Toyota Yaris G Restricted ini. Ya, memang la Yaris ni tak laju macam Swift Sport, tapi kena la dengan harganya kan?

Lagipun harga yang ditawarkan ini masih lagi lebih rendah berbanding Honda Metropolis Hatchback bukan hibrid dalam varian paling sporty dengan iaitu Metropolis Hatchback RS – dijual pada harga RM100,900 dengan peningkatan kosmetik semata-mata berbanding varian lain.

Tapi bagi penulis, UMW Toyota mungkin boleh memberikan beberapa lagi perincian lebih unik pada Yaris G Restricted ini untuk memberikan rupa yang lebih eksklusif seperti plat nombor siri yang dilekat pada papan pemuka, dan juga beberapa perincian luaran seperti bampar hadapan dan juga rim aloi 17-inci yang diambil dari Vios GR Sport sebelum ini

Bukan apa, bagi la sedikit kredit untuk pemilik yang membeli mannequin ini, bagi dia boleh tunjuk pada orang ramai bahawa mannequin yang dibeli tersebut bukan mannequin biasa-biasa kan?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments