Thursday, September 19, 2024
HomeautomobilePengarah, Ketua Cawangan negeri bakal berdepan tindakan tegas jika kaunter tidak dibuka...

Pengarah, Ketua Cawangan negeri bakal berdepan tindakan tegas jika kaunter tidak dibuka – KP JPJ


Pengarah, Ketua Cawangan negeri bakal berdepan tindakan tegas jika kaunter tidak dibuka – KP JPJ

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli telah memberikan amaran kepada Pengarah dan Ketua Cawangan (KC) JPJ negeri yang bakal berdepan tindakan tegas sekiranya membiarkan kaunter perkhidmatan tidak dibuka seperti sepatutnya atau tidak berada di bawah pengawasan sewajarnya, laporan Bernama.

Katanya, perkhidmatan kaunter yang efisien amat ditekankan memandangkan fokus utama jabatan di bawah kendaliannya adalah untuk menambah baik sistem penyampaian kepada orang ramai.

“Fokus kita ketika ini adalah perkhidmatan di kaunter dan perkara ini turut ditegaskan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang mahu setiap kaunter tidak dibiarkan tanpa pengawasan atau daripada lima yang ada, hanya dua kaunter dibuka. Mana-mana Pengarah Negeri dan KC tidak menjalankan tugas dengan baik dan kaunter tidak dibuka, mereka akan diambil tindakan,” katanya.

Aedy Fadly berkata, sebagai jabatan kerajaan yang mencecah usia 78 tahun, anggota dan pegawai JPJ sepatutnya sudah matang dan memahami kehendak serta keperluan orang awam apabila berurusan di kaunter.

Pengarah, Ketua Cawangan negeri bakal berdepan tindakan tegas jika kaunter tidak dibuka – KP JPJ

Bagi memastikan perkhidmatan kaunter berada di tahap terbaik, beliau bersama pengarah dari ibu pejabat di Putrajaya akan melakukan lawatan mengejut melalui penyamaran bagi melihat sendiri penugasan kakitangan di semua cawangan JPJ seluruh negara.

“Selepas ini, mungkin saya turun pakai topi, berkaca mata dan berseluar denims lawat (JPJ setiap negeri). Saya juga mungkin hantar pengarah di ibu pejabat sebab kalau saya kerap turun mungkin orang kenal,” katanya.

Walau bagaimana pun, beliau berpuas hati dengan tindakan segera semua JPJ negeri dalam melaksanakan inisiatif dan penambahbaikan diperkenalkan beliau serta pengurusan tertinggi lain. Antaranya menyediakan pegawai pemudah cara dikenali JPJ Help berperanan membantu dan menyantuni pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di jabatan itu.

“Kita akan memperhebatkan hebahan mengenai 38 perkhidmatan atau urus niaga dalam talian disediakan JPJ yang ketika ini kurang disedari umum. Kita yakin boleh mengurangkan bilangan orang awam datang ke kaunter, sekali gus mengurangkan kesesakan pelanggan serta masa menunggu,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments